Sunday, December 27, 2009

5 SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU MELABURKAN SEBAHAGIAN WANG DARI AKAUN 1 KWSP ANDA.

  1. ANDA AKAN HIDUP LEBIH LAMA­.

Jangka hayat hidup manusia seluruh dunia meningkat. Disebabkan peningkatan tahap kesihatan hari ini, sebagai contoh, bayi yang lahir pada 2004 dijangka akan hidup sehingga 74 tahun (lelaki) & 79 tahun (perempuan).

  1. ANDA AKAN MEMPERUNTUKKAN LEBIH WANG PADA KOS PERUBATAN

Lebih panjang usia anda kos perubatan anda akan bertambah banyak. Penyakit boleh dirawat tetapi memerlukan kos perubatan yang tinggi. Maka anda perlu merancang untuk penjagaan jangka masa panjang selepas persaraan anda.

  1. NIKMATILAH USIA PERSARAAN ANDA

Anda mungkin hidup lebih lama selepas bersara. Jika anda & pasangan bersara pada umur 55 & hidup sehingga umur 75 tahun, anda akan memerlukan 43,800 kali makan. Tidak termasuk inflasi, jika setiap hidangan bernilai RM 5 maka anda akan berbelanja sebanyak RM 438,000 hanya untuk makanan.

  1. ADA 1001 CARA WANG ANDA AKAN DIHABISKAN

Dulu tiada taman tema, TV satelit, “home theatre”, PDA, “playstation”, internet, pasaraya, tol dan sebagainya untuk menghabiskan wang anda (termasuk kereta idaman anda). Confirm!!!

  1. ANDA AKAN BERBELANJA LEBIH PADA PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Kos untuk membesarkan anak-anak semakin meningkat. 10 hingga 15 tahun dulu, mempunyai diploma sudah cukup untuk permulaan hidup yang bagus. Tetapi hari ini, semakin ramai yang menyambung pengajian sehingga peringkat Master & Phd. Selain mula bekerja pada usia 22 @ 24 tahun, anda perlu menanggung makanan ,penginapan, yuran & pengangkutan untuk tempoh masa yang lebih lama.