Friday, May 1, 2009

siapa aku?

13 tahun bekerja di sektor perbankan merupakan satu tempoh yang banyak memberikan aku pengalaman dalam mengejar impian. Namun, aku merasakan ketidakpuasan mental yang amat sangat kerana aku "dikerjakan" oleh pihak bank bagai nak gila. Hari pertama "check-in" di situ memanglah hari yang membahagiakan. Yelah, manakan tidak kerja bank beb. Aku berazam akan menjadi pekerja terbaik disana. Perghhh, cita-cita memang tinggi. Hajat nak ganti CEO pun ada. Tak cukup tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Punyalah baiknya aku waktu tu. Cakaplah apa saja, selagi aku mampu, semua aku buat.
Hari demi hari berlalu, aku sambung studi di kolej ambik diploma. Jadi pelajar luar kampus, best jugak. Angan-angan kot-kot bank offer baik punya jawatan pegawai. Masa berjalan, jalan, jalan. Takde harapan. Aku sambung lagi studi. Kali ni di IPTA kat Selangor. Buat ijazah, luar kampus jugak. Habis ijazah. Angan-angan lagi, kali ni mesti confirm dapat. Memang dapat, tapi time tu aku dah nekad nak resign. Malas aku nak layan offer tu. Time aku tengah semangat, cari kerja kat luar pun banyak lak songehnya. Tapi aku pasrah, mungkin ini ujian Tuhan. Nak tengok aku macamana. Last-last aku bagi notis 24 jam. Aku pecat majikan aku. Puas hati aku.
Sekarang, aku buat bisnes sendiri. Ikut masa sendiri. Dulu, masa tengah kerja dengan bank dulu. Aku cuba-cuba jugak buat bisnes ni "luar kampus". Yelah, pandai-pandailah nak hidup, lepas waktu pejabat ke, hujung minggu ke... Mula-mula buat memang perit. Yelah, orang baru belajar. Lepas habis waktu pejabat, kesana kemari dengan kereta buatan tempatan yang aku ada. Sampai anak aku cakap 'abah tak payahlah pergi kerja hari ni'. Terkedu jugak aku kejap beb.
Best buat bisnes ni. Dapat kenal ramai orang. Tak payah bawak barang. Jangan ingat ni skim cepat kaya, ok? Ini skim kaya cepat. InsyaALLAH. Jangan buat main-main sudah. Kalau buat main-main, buat apa pun tak menjadi. Time kerja, buat kerja betul-betul. Cuba pikir, kalau kerja dengan orang buat main-main, agak-agak munasabah tak bos pecat korang? Oklahkan, kerja ikut masa sendiri. Semangat beb. Memang best kerja nih. Duit ni, selagi boleh dikembang, kita kembangkan. Kita dah penat cari duit, biar duit tu pulak kerja untuk kita. Itu yang orang kaya pesan, kalau tak percaya bacalah buku-buku motivasi contoh macam Rich dad, poor dad, Retire young, retire rich dsb. Buku The secret jangan lupa kena baca jugak. Yang paling penting Quran jangan tak baca. Dunia kita cari, akhirat pun kita cari. Sekarang ni aku dah pakai kereta baru, bukan kereta tempatan. Nanti korang tengok, aku tak ambik gambar lagi. Best jugak pakai kereta baru ni. Rasa macam OKB pulak.
Kalau korang nak tau bisnes yang aku buat, aku boleh cerita. Tapi mintak maaflah bukan kat sini. Korang SMS aku kat 019-225 0757. Kita set appoinment. Baru best, sambil-sambil minum air. Aku kat KL sekarang ni. Jangan segan-segan SMS aku. Kat mana-mana pun boleh. Boleh jugak kita kenal-kenal. Jangan segan, SMS je. Sekarang pun boleh. Takde hal punya. Aku dah penat kerja makan gaji & aku rasa korang pun rasa perkara yang samakan? Actually, student pun boleh, pesara pun boleh, sapa pun boleh. Asal sanggup terima ilmu yang aku nak bagi, serius nak berjaya & nak capai matlamat hidup, anda dipersilakan SMS aku. Kalau aku lambat balas, mintak maaf bebanyak. Tidak pun korang telefon je, ok jugak.
Oklah, penat dah celoteh, kalau korang nak e-mail aku pun boleh. msms75@hotmail.com. Jangan hantar benda merapu pulak, aku sumpah jadi batu karang. Oklah, nanti kita jumpa. Ingat jangan segan contact aku. Aku bangga tengok orang kita berjaya. Apa yang penting? kerjasama (nyanyi lagu wonderpet). Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment